Teori Domino Heinrich

Friday, August 14, 2009 Azman

Salam sejahtera untuk semua pengamal OSH...

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang Teori Penyebab Kemalangan. Terdapat banyak teori berkaitan kemalangan tetapi antara yang popular atau digunapakai salah satunya adalah Teori Domino yang diperkenalkan oleh Herbert W. Heinrich pada sekitar tahun 1930an.

Sebelum teori Heinrich ini diperkenalkan, banyak kemalangan masa lalu disifatkan sebagai kehendak Tuhan atau kata lain sebagai Takdir Tuhan dan tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkannya. Sehinggalah Heinrich mengambil keputusan untuk menyelidik rekod-rekod kemalangan dan menemui fakta bahawa hampir 90% daripada kemalangan yang berlaku adalah berpunca dari kelakuan kerja yang tidak selamat (unsafe act).

Ini mendorong Heinrich untuk mengkaji dan memperkenalkan "Teori Domino Heinrich" yang menganjurkan kawalan keatas kelakuan para pekerja. Kita tinggalkan dulu sejarah ini dan kembali pada teori yang diperkenalkan Heinrich.



Menurut teori ini, kecederaan daripada kemalangan adalah hasil daripada beberapa rentetan peristiwa yang berhubungkait antara satu sama lain. Berdasarkan kepada 5 faktor (domino) kemalangan merupakan salah satu daripada rentetan tersebut.

jom kita tengok apa yang dimaksudkan oleh Heinrich dalam teori beliau.. ( rujuk pada domino diatas ). Heinrich mengatakan kecederaan adalah disebabkan oleh kemalangan ( rujuk pada domino pertama sebelah kanan), dan kemalangan pula disebabkan oleh perlakuan dan keadaan yang tidak selamat. Manakala perlakuan dan keadaan tidak selamat adalah berpunca daripada kelemahan manusia yang disebabkan oleh latarbelakang manusia itu sendiri seperti sikap atau personaliti seperti panas baran, jahil, degil yang berpunca dari persekitaran sosial atau keturunan pekerja yang mengalami kecederaan tersebut.

Oleh kerana beliau berpendapat bahawa hampir 90% dari semua kemalangan berpunca dari perlakuan tidak selamat pekerja seperti tidak berhati-hati, menghidupkan mesin tanpa amaran, menanggalkan pengadang mesin dsb, Henrich memberikan pendapat beliau dengan mengatakan di dalam pencegahan kemalangan, sasarannya adalah domino yang ditengah iaitu perlakuan tidak selamat individu atau hazard mekanikal @ fizikal.

Dengan membuang peringkat ketiga tersebut ( perlakuan dan keadaan tidak selamat), kawalan keatas gelagat pekerja boleh menyelesaikan masalah keselamatan.

tetapi teori ini tidak mendapat sambutan kerana ianya hanya mengecualikan pihak pengurusan daripada sebarang kesalahan dan meletakkan beban sepenuhkan kepada mangsa, bukannya pada kelemahan sistem pengurusan.

6 comments: Teori Domino Heinrich

Unknown said...
December 22, 2013 at 6:52 PM

tengs..sedikit sebnyk membntu..

Nur Eda Eda said...
October 2, 2015 at 9:36 AM

terima kasih..sangat membantu untuk lebih faham dalam bahasa sendiri

asamboy89 said...
April 25, 2016 at 4:21 AM

terima ksh tn. beri kefahaman.

Unknown said...
July 25, 2016 at 6:13 PM

👍👍

mohdedwin said...
September 25, 2016 at 8:53 AM

Mudah faham isinya. Tq

Unknown said...
October 16, 2019 at 1:11 AM

Terima kasih, ayat pun mudah difahami

Post a Comment