IceBerg Kos Insiden
Menginsurankan premis anda tidak bermaksud bahawa anda telah mengambil langkah keselamatan sepenuhnya dan tidak bermaksud bahawa anda akan dilindungi sepenuhnya daripada kerugian akibat dari kemalangan atau bencana yang menimpa.
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan perbezaan diantara jumlah kos yang di insurankan dengan yang tidak di insurankan. Contohnya kajian kes HSE (UK) mendapati kos yang tidak diinsurankan adalah 8 hingga 36 kali lebih banyak daripada kos premium insuran yang dibayar dan kebanyakan kos tersebut adalah tersembunyi seperti penyelenggaran, stop-work dan lain-lain.
Mari kita lihat perbandingan ini dalam bentuk bongkah ais yang dianggap sebagai kos keseluruhan satu insiden. Dalam kos yang di insurankan termasuklah liabiliti majikan, kos tersebut jauh lebih rendah berbanding kos yang terpaksa ditanggung oleh majikan. Seperti dalam rajah diatas ada kalanya mampu mencecah sehingga 36 kali ganda dari jumlah yang diinsurankan.
Bagaikan bermusim
JOHOR BAHARU 14 Ogos - Dua pekerja kilang membuat ketulan ais dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah selepas terhidu gas ammonia yang bocor dari paip penyambung sistem penyejuk kilang itu di Tampoi di sini hari ini.
Ketua Operasi Unit Hazmat, Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Mohd Sahari Noor berkata, pekerja warga Myanmar dan Bangladesh berusia 20an itu berada dalam keadaan lemah dan sesak nafas.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.30 pagi tadi, katanya ketika ditemui pemberita di kilang itu.
Mohd Sahari berkata, operasi melarutkan gas ammonia itu selesai tengah hari dengan menggunakan tembakan air.
Katanya siasatan terperinci terhadap punca kebocoran sedang dijalankan dan kilang tersebut akan ditutup sementara sehingga dipastikan selamat.
Pada Selasa lepas enam lelaki, empat rakyat tempatan dan dua Bangladesh, meninggal dunia setelah terhidu gas dipercayai ammonia yang bocor dari sistem penyejuk di sebuah kolah menyimpan ikan di Kampung Bagan Pasir, Tanjung Karang, Selangor.
Teori Domino Heinrich
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang Teori Penyebab Kemalangan. Terdapat banyak teori berkaitan kemalangan tetapi antara yang popular atau digunapakai salah satunya adalah Teori Domino yang diperkenalkan oleh Herbert W. Heinrich pada sekitar tahun 1930an.
Sebelum teori Heinrich ini diperkenalkan, banyak kemalangan masa lalu disifatkan sebagai kehendak Tuhan atau kata lain sebagai Takdir Tuhan dan tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkannya. Sehinggalah Heinrich mengambil keputusan untuk menyelidik rekod-rekod kemalangan dan menemui fakta bahawa hampir 90% daripada kemalangan yang berlaku adalah berpunca dari kelakuan kerja yang tidak selamat (unsafe act).
Ini mendorong Heinrich untuk mengkaji dan memperkenalkan "Teori Domino Heinrich" yang menganjurkan kawalan keatas kelakuan para pekerja. Kita tinggalkan dulu sejarah ini dan kembali pada teori yang diperkenalkan Heinrich.
Menurut teori ini, kecederaan daripada kemalangan adalah hasil daripada beberapa rentetan peristiwa yang berhubungkait antara satu sama lain. Berdasarkan kepada 5 faktor (domino) kemalangan merupakan salah satu daripada rentetan tersebut.
jom kita tengok apa yang dimaksudkan oleh Heinrich dalam teori beliau.. ( rujuk pada domino diatas ). Heinrich mengatakan kecederaan adalah disebabkan oleh kemalangan ( rujuk pada domino pertama sebelah kanan), dan kemalangan pula disebabkan oleh perlakuan dan keadaan yang tidak selamat. Manakala perlakuan dan keadaan tidak selamat adalah berpunca daripada kelemahan manusia yang disebabkan oleh latarbelakang manusia itu sendiri seperti sikap atau personaliti seperti panas baran, jahil, degil yang berpunca dari persekitaran sosial atau keturunan pekerja yang mengalami kecederaan tersebut.
Oleh kerana beliau berpendapat bahawa hampir 90% dari semua kemalangan berpunca dari perlakuan tidak selamat pekerja seperti tidak berhati-hati, menghidupkan mesin tanpa amaran, menanggalkan pengadang mesin dsb, Henrich memberikan pendapat beliau dengan mengatakan di dalam pencegahan kemalangan, sasarannya adalah domino yang ditengah iaitu perlakuan tidak selamat individu atau hazard mekanikal @ fizikal.
Dengan membuang peringkat ketiga tersebut ( perlakuan dan keadaan tidak selamat), kawalan keatas gelagat pekerja boleh menyelesaikan masalah keselamatan.
tetapi teori ini tidak mendapat sambutan kerana ianya hanya mengecualikan pihak pengurusan daripada sebarang kesalahan dan meletakkan beban sepenuhkan kepada mangsa, bukannya pada kelemahan sistem pengurusan.
Apakah yang dimaksudkan dengan Insiden?
Ramai yang tidak dapat membezakan dan memahami apa insiden itu sebenarnya. Harus di nyatakan bahawa Insiden tidak bermaksud sesuatu kejadian yang akan menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda semata-mata seperti contoh kita tergelincir dan patah tangan, atau kerosakan barang akibat terjatuh dari trak ansun, tetapi insiden juga merangkumi kecederaan jangka panjang yang mungkin atau tidak mungkin dikesan serta merta atau segera seperti kehilangan pendengaran atau penyakit akibat pendedahan kepada bahan kimia atau habuk mineral.